Review Buku - The Fault In Our Stars

6



Jika anda tidak pernah dengar mengenai The Fault In Our Stars (TFiOS) atau John Green sejak kebelakangan ini, then you must have been living under a rock. TFiOS adalah sebuah novel bergenre young adult dan merupakan multi-million #1 bestseller.

Saya beli buku ni BUKAN disebabkan TFiOS kini telah diadaptasikan kepada filem, tetapi disebabkan penulisnya iaitu John Green, kerana saya telah lama mengikuti John dan adiknya Hank menerusi saluran Vlogbrothers, di Youtube. Saya masih ingat John membaca chapter 1 kepada penonton ketika buku ini mula diterbitkan pada 2012. TFiOS merupakan buku kedua dari John yang saya baca selepas An Abundance on Katherines




Sinopsis

The Fault In Our Stars mengisahkan Hazel Grace Lancaster, seorang gadis berusia 16 tahun yang dirundum malang kerana menghidap kanser pada tahap serius. 


Menghidap kanser sejak berumur 13 tahun, menyebabkan Hazel putus harapan untuk meneruskan hidup dan menganggap kini beliau sedang meniti hari-hari terakhirnya sebelum ajal. Selain dari kedua ibu bapanya, Hazel menjadikan Peter Van Houten, iaitu penulis novel kegemarannya, An Imperial Affliction, sebagai rakan karibnya walaupun dia belum pernah berjumpa mahupun berhubung dengan lelaki itu.


Nak speaking English, tapi grammar berterabur? Boleh rujuk buku English Itu Mudah

Hazel kemudian mengikuti 'Support Group' iaitu kelas kaunseling yang bertujuan menguatkan semangat remaja yang sedang melawan kanser. Ketika itu Hazel bertemu Augustus Waters, yang juga penghidap kanser dan menunjukkan minat untuk mengenali Hazel.  


Di atas dasar saling memahami dan menerima kekurangan masing-masing Hazel dan Augustus semakin akrab. Augustus yang telah jatuh cinta terhadap Hazel menggunakan permintaan terakhirnya dengan membawa Hazel bertemu Peter Van Houten di Amsterdam untuk mengetahui kesinambungan novel An Imperial Affliction yang tidak mempunyai penamat.  

Review Bahasa Melayu The Fault In Our Stars

Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, kekeluargaan, perjuangan, dan nilai kemanusiaan yang cukup indah ditulis dalam sebuah buku. John Green menyampaikan elemen-elemen ini dengan sempurna menerusi situasi, kata kata, dan watak yang berbeza.

Penceritaan dari muka surat pertama digarap dengan sempurna apabila menggabungkan susah-senang, tangis-tawa remaja yang berperang dengan kanser. Walaupun novel ini dikategorikan sebagai 'novel airmata', namun terdapat humor yang menghiburkan sepanjang buku melalui lawak sarkastik Hazel dan Isaac. Ini jelas menunjukkan kehebatan John yang bijak menyelitkan gelak tawa tepat pada masanya bagi mengelak pembaca terus dibuai kesedihan. *gittew*

Walaupun TFiOS hanya diserikan oleh beberapa karakter sahaja, namun setiap watak memberikan sokongan penting dalam membantu melengkapkan keseluruhan plot novel hebat ini.

Kehebatan sebenar buku ini terletak pada metafora dan kata-kata indah yang diucapkan oleh setiap watak. Pun begitu, metafora yang digunakan tidak keterlaluan dan sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku. Saya tertarik dengan kata-kata Hazel yang mengatakan:

"Why are breakfast foods breakfast foods?"
"How did scrambled eggs get stuck with breakfast exclusivity?"
"The moment your sandwich has an egg, boom, it's a breakfast sandwich"

Yepp... WHY?

John Green menterjemah setiap perkataan membuatkan pembaca merasakan apa yang terjadi di dalam buku seolah-olah ia benar-benar berlaku di dunia nyata. Even it's a young adult book, it can adapt to various ages too because how well it is written.


John Green turut membuat kemunculan dalam salah satu babak TFiOS
Membaca novel John Green ibarat sedang menonton videonya di Youtube, kerana gaya bahasa dan penggunaan kata-kata indah sudah 'trademark' John. Pada saya, TFiOS adalah salah satu novel cinta yang hebat, more like a younger version of The Notebook



Semua yang dah baca buku ni akan recommend pada orang lain, dan saya akan buat perkara yang sama. Jika anda suka membaca, The Fault In Our Stars adalah buku yang WAJIB ADA dalam koleksi. 

p/s: if u dont want to be judged for uncontrollable tears, do not read this book in public


Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. rajin betol baca buku ye sekarang. hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh bagusnye review ni.... rase nak gi beli buku ni skrg jugak!! arituh ade pasang mivie ni nak tengok sebelum tido, tapi penat sangat, tengok sekerat je.... heheheh :D

    ReplyDelete
  3. pernah tengok novel ni hari tu..tapi tak beli...filem ni pun tak tengok lagi..terima kasih reviewnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. better baca novel dulu baru tgk movie. baru best. hehe!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top