Laman Web Astro Digodam

1

Laman web syarikat penyiaran televisyen berbayar, Astro digodam kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Malaysia Security Tester dalam serangan siber #OpSaveGaza, sebagai tanda sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

Laman rasmi Astro dilumpuhkan kemudian digantikan dengan grafik dan slogan untuk mengingatkan pengguna tentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.  



Serangan siber itu dikatakan berlaku setelah pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Asyraf Wajdi Dusuki, melalui laman Facebook mendedahkan pihak Astro menjalinkan hubungan perniagaan dengan sebuah syarikat Israel, Amdocs yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Asyraf mengancam untuk memboikot Astro jika syarikat penyiaran tersebut tidak menjelaskan hubungannya dengan syarikat dari Israel itu.

Pendedahan tersebut turut menimbulkan kemarahan pelanggan Astro, khususnya umat Islam memandangkan sikap Israel yang sering menyerang dan membunuh rakyat Palestin.


Mereka mengancam untuk berhenti melanggan perkhidmatan Astro kerana tidak mahu menjadi penyumbang kepada kekejaman rejim Zionis.


Copy kod di bawah untuk mendapatkan banner #PrayForMh17
<a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>

Previous entry: Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Makin geram pulak aku dengan Astro ni. Mentang2 la monopoli siaran setelit, ikut suka hati dia je nak jalin kerjasama dengan Israel pulak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top